Monday, 22 December 2014

Sovernir Shop @ Kota Bharu (Assignment E-Commerce)

STUDENT NAME : MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN CHE MUT

MATRIC NO. : KB1206DD1142

LECTURER NAME : ENCIK MOHD. ASWARI BIN JAAPAR

SUBJECT : INTRODUCTION TO E-COMMERCE (BADD2023) ASSIGNMENT 1



Rantau Panjang Kelantan
Coordinates : 6.0225° N, 101.9692° E
Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand.
Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi megelak penyeludupan dadah, beras, gula dan sebagainya. Terdapat banyak pangkalan haram berada di sini untuk melakukan kegiatan haram dari sempadan Thailand.
Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand.
Di sini, anda boleh mendapat barangan negara jiran seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi. Pendek kata “macam-macam ada”.

Jika anda pengemar jersi bola, inilah tempatnya. Walaupun barangan imitation ataupun tiruan, kualiti kainnya amat baik dan seakan-akan original. Malah jika diperhatikan, tumpuan muda mudi khususnya lelaki pastinya akan shopping jersi bola seperti jersi kelab Barcelona, Manchester United atau Chelsea umpamanya. Pastikan anda memilih jersi gred A dan maklumkan kepada pekedai. Harga jersi di Rantau Panjang adalah yang paling murah di Kelantan. Jika dibandingkan dengan baju original yang dijual di butik Al-Ikhsan contohnya, harga disini berkali ganda lebih murah. Sedangkan kualiti kain tidak jauh berbeza dan selesa memakainya. Harga jersi-jersi tersebut memang susah untuk ditawar di sini kerana harga yang diletakkan memang murah dari tempat lain. Namun ada sesetengah kedai mengenakan harga yang agak tinggi. Jadi jangan terus beli, sebaliknya survey harga terlebih dahulu. Anda akan dapat melihat perbezaan ketara antara kedai, ada sehingga RM10 bezanya. Pastikan mendapat jersi yang dibeli di dalam plastik yang dilipat dengan kemas. Jangan tak percaya, kebanyakan peniaga online mengambil barangan di Rantau Panjang dan menjualnya dengan keuntungan sehingga 50%.











Pengkalan Kubor, Kelantan

Pengkalan Kubor di Tumpat Kelantan adalah satu lagi tempat shopping barangan tempatan dan buatan Thailand yang agak tersohor dikalangan pengunjung. Dikenali sebagai Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.

Coordinates : 6.2330° N, 102.0909° E

Apa yang dijual? Pelbagai barangan buatan Thailand yang sama seperti dijual di Rantau Panjang termasuklah jersi bola, pakaian celoreng, toto, pinggan mangkuk, periuk belanga, barangan dapur dan sebagainya.




Di sini juga anda boleh mendapat periuk dan kuali berjenama seperti Tefal, Corelle, Corningware dan sebagainya. Harga yang ditawarkan lebih kurang sama dengan harga di Rantau Panjang. Pastikan anda berkunjung ke kedai yang authorized menjual barangan ini untuk mengelak daripada terbeli barang tiruan.
Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan yang berpagar. Pintu utama hanya dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi jika anda ingin shopping, eloklah datang pada waktu pagi. Pada pukul 5.30 petang semua pembeli akan diarahkan keluar oleh pihak Kastam kerana pintu utama akan ditutup pada waktu tersebut
Anda perlu melalui pintu utama tersebut untuk keluar masuk ke kawasan pasar. Tempat parking agak terhad. Disini pihak kastam lebih strict kalau anda membeli barang penuh bonet.






Perbezaan Pengkalan Kubor dengan Rantau Panjang

Selalu orang bertanyakan perbezaan Pengkalan Kubor dengan Rantau Panjang. Bagaimana pula dengan harga yang ditawarkan di Pengkalan Kubor berbanding Rantau Panjang? Jika belum membaca panduan yang kami sediakan untuk shopping di Rantau Panjang, klik untuk melihat panduan dan tip membeli belah di Rantau Panjang http://www.cutikelantan.com/shopping/rantau-panjang/.

Dari segi barangan, barangan yang dijual di Pengkalan Kubor sama dengan Rantau Panjang, tetapi Rantau Panjang lebih banyak pilihan. Puratanya harga di sini dengan Rantau Panjang tidaklah terlalu banyak beza. Kadang-kala bergantung atas barangan juga. Ada yang lebih murah di Pengkalan kubor dari Rantau Panjang. Namun perbezaan harga tidaklah begitu ketara. Untuk barangan seperti toto, didapati ia lebih murah dari Rantau Panjang, tetapi tidaklah besar bezanya. Harga barangan pinggang mangkuk dan kuali pula adalah sama seperti yang dijual di Rantau Panjang. Cuma, di Pengkalan Kubor tidak banyak pilihan barangan seperti mana di Rantau Panjang. Kawasan membeli-belah di Pengkalan Kubor tidak seluas Rantau Panjang. Kedai juga tidak banyak selain daripada masalah tempat letak kereta dan lokasinya yang mudah sesak jika waktu cuti sekolah. Bagi menjimatkan kos, masa dan tenaga, pilihlah salah satu tempat shopping yang anda berkenan, samaada Pengkalan Kubor atau Rantau Panjang. Anda dicadangkan tidak perlu berkunjung kedua-dua tempat ini kerana perbezaan harga tidak begitu ketara. Masa yang terluang boleh diperuntukkan untuk ke tempat lain.

 Tip:

  1. Jika ke Pengkalan Kubor, tak perlu ke Rantau Panjang dan begitulah sebaliknya. Ini untuk menjimatkan masa dan wang anda. Walaubagaimanapun, jika mempunya masa yang banyak, boleh sahaja mengunjungi kedua-dua zon bebas cukai ini terutamanya pada mereka yang pertama kali datang.
  2. Jika anda menginap di Kota Bharu, jarak ke Pengkalan Kubor lebih dekat berbanding Rantau Panjang. Jadi, rancanglah perjalanan anda dengan bijak.
  3. Jangan lupa untuk singgah ke Pantai Genting atau Pantai Sri Tujuh selepas membeli-belah. Pantai Genting lebih meriah dan sesuai untuk berkunjung di waktu petang.